Friday, March 13, 2009

KaDeT bOmBa???

KADET BOMBA DAN MENYELAMAT
Kadet Bomba bersatu
Sama berganding bahu
Pemuda pemudi harapan
Tiang negara
Jiwa raga yang murni
Tanggungjawab membantu
Di mana jua
Tetap bersedia
Menimba ilmu jaya
Demi masa hadapan
Berwawasan matlamatnya
Pastikan berjaya
Kadet bomba bersatu
Bersemangat membara
Cita-cita tersemat luhur
Gigih berusaha
Ikrar kami sahutkan
Berani beretika
Harumkan nama
Malaysia jaya ( 2X)


MAKSUD LOGO
Bulan Bintang Melambangkan nilai-nilai Islam dan nilai-nilai murni diserapkan ke
dalam Kadet Bomba dan Penyelamat.

Dua Rumpun Padi Kerjasama antara Pasukan Kadet Bomba dan Penyelamat dengan
Jabatan Bomba dan Penyelamat.

Helmet Memberikan perlindungan dan keselamatan kepada ahli.

Kapak Salah satu alat (perkakas) yang dapat menggandingkan antara ilmu
akademik dengan kebombaan. Semangat juang dalam mencegah
kebakaran dan mengutamakan keselamatan nyawa dan harta benda.

Warna Merah Keberanian Ahli Kadet
Warna Emas Taat setia kepada raja dan negara








MOTTO;
Mencegah dan Menyelamat






MATLAMAT;
Memupuk kesedaran tentang bahaya kebakaran dan langkah langkah pencegahan.
Menghayati dan mengamalkan ilmu pengetua pengetahuan kebombaan sebagai salah satu cara hidup.
Mengeratkan kerjasama dan persefahaman antara ahli dengan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.
Mewujudkan suasana sekolah bebas dari bahaya kebakaran.












OBJEKTIF;
Memberikan pendedahan kepada ahli tentang tugas-tugas pasukan bomba dan penyelamat.
Melatih pelajar cara-cara mencegah daripada berlaku kebakaran dan memberikan pengetahuan tentang ciri-ciri keselamatan secara umum.
Meningkatkan disiplin dan setia kawan bagi memupuk semangat yakin diri serta bertanggungjawab kepada harta benda dan masyarakat.
Menanamkan minat untuk memilih menjadi anggota bomba dan penyelamat sebagai kerjaya.
geovisit();








SEJARAH BOMBA
Secara amnya, Perkhidmatan Bomba Malaysia bermula pada tahun 1883 dengan penubuhan Bomba sukarela Negeri Selangor yang diketuai oleh H.F.Bellamy bersama 15 anggota. Pasukan ini yang diletakkan dibawah Lembaga Kebersihan telah menjadi Pasukan Bomba Dan Penyelamat Tetap pada tahun 1895. Perkhidmatan ini terus berkembang di setiap negeri dan diletakkan di bawah Majlis Perbandaran atau Lembaga Luar Bandar. Pada tahun 1946, iaitu selepas perang Dunia Kedua, pasukan 'Malayan Union Services' (MUS) dengan Flight Lt.W.J Gerumandi sebagai 'Director of Malayan Union Fire Services' telah dibentuk. MUS beribu pejabat di Kuala Lumpur.
Melalui perjanjian Persekutuan Tanah Melayu, Perkhidmatan Bomba diserahkan kembali kepada kerajaan-kerajaan negeri di bawah pentadbiran Lembaga Bandaran dan Lembaga Luar Bandar mengikut negeri-negeri masing-masing. Untuk menyelaraskan perkhidmatan Bomba ditubuhkan di bawah Kementerian Pembangunan dan Kerajaan Tempatan.
Perkhidmatan Bomba Malaysia disatukan sebagai sebuah jabatan di peringkat persekutuan dengan penyatuan Bomba dan Penyelamat di Negeri-negeri Persekutuan pada 1hb januari 1976. Penyatuan ini meletakkan Perkhidmatan Bomba Malaysia dibawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Ini diikuti oleh perkhidmatan Bomba Pulau Pinang, Kuala Lumpur dan Melaka pada 1hb januari 1977. Pada 15hb Mei 1981, perkhidmatan Bomba Sabah dan Sarawak telah disatukan.
Persatuan Kadet Bomba dan Penyelamat sekolah kami pula mula bergerak secara aktif pada 11 Julai 2006. Selepas itu, barisan AJK dengan bantuan guru-guru penasihat berusaha untuk membangunkan dan memperkembangkan persatuan ini. Setakat ini, Persatuan Kadet Bomba dan Penyelamat telah mempunyai 130 orang ahli.

No comments: